Thursday, January 7, 2010

Interpals: Satu Cara untuk Belajar Bahasa

http://www.interpals.net/

Ini merupakan post saya yang kedua selepas beberapa hari saya publish post yang first dalam blog saya ini. Kalau baca tajuk di atas, saya rasa ada di antara awak semua yang tertanya2 apa itu Interpals. Interpals ni adalah salah satu site yang berguna untuk awak semua yang suka mencari kenalan baru dari serata dunia. Ianya bukan seperti facebook, friendster, myspace, twitter, tagged, hi5 dan sebagainya.
3 Kelebihan Interpals

a) Sahabat Pena
Interpals ni merupakan ruangan untuk kita mencari sahabat pena. Kalau dulu, kita mencari sahabat pena melalui suratkhabar, majalah. Tetapi kini kita boleh mencari sahabat pena melalui site Interpals. Tetapi site ini tidak terikat untuk awak semua mencari sahabat pena. Ada beberapa option yang awak semua boleh pilih. Contonhya, awak semua boleh pilih sama ada untuk "looking for relationship, flirting/romance, friendship, email penpals, snail mail penpals. Kemudahan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna mencari kenalan yang mempunyai sama keinginan sebagai contoh, jika memilih semua di atas kecuali flirting/romance, kenalan2 yang kita dapat selalunya daripada mereka yang tidak berminat untuk aktiviti2 flirting/romance ini.




b) Belajar Bahasa Kedua @ Ketiga
Site ini merupakan medium untuk kita belajar bahasa lain. Kita boleh belajar bahasa melalui kenalan2 di sini. So awak semua tak perlu la nak bayar tutor bahasa. Kita boleh tetapkan bahasa apa yang kita ingin pelajari. Sebagai contoh: saya menetapkan untuk belajar bahasa Perancis, Macedonia dan Greek. Dengan adanya tetapan bahasa ini, saya berupaya mencari kenalan2 daripada mereka yang tahu berbahasa Perancis, Macedonia dan Greek.
c) Melihat budaya, adat dan negara orang
Percaya tak, jika awak semua menjadikan Interpals sebagai medium belajar bahasa dan mencari kenalan, awak semua pasti akan mendapat lebih banyak manfaat yang lain. Interpals membantu awak semua mengenali budaya, adat dan negara orang melalui kenalan2 yang ada di Interpals.
Awak semua boleh bertukar2 pendapat mengenai pelbagai perkara dengan kenalan2 baru di Interpals dan melihat negara mereka melalaui pertukaran gambar dan cenderamata.
Fungsi-Fungsi Dalam Interpals:
1) Profil
Awak semua boleh buat profil sendiri dan boleh mengubah profil apabila perlu.
Ada 8 bahagian dalam ruangan profil yang awak semua boleh isi iaitu :
a) About Me
b) Request
c) Interest, Hobbies, etc.
d) Favorite Music
e) Favorite Movies
f) Favorite TV Show
g) Favorite Books
h) Favorite Quotes
Awak semua boleh tentukan bahagian mana yang hendak diisi.
Profil ringkas mengenai pemilik profil akan tertera di ruangan paling atas. Contoh seperti di bawah ini:
Pemilik profil juga boleh menulis status sendiri di What's New.
2) Album
Pemilik profil boleh memuat naik gambar dalam ruangan album.
Untuk gambar utama profil, pemilik profil boleh memuat naik sehingga 10 gambar utama profil.
3) Wall
Pemilik profil boleh menulis mesej di ruangan wall seperti di bawah.
Tetapan untuk wall boleh di buat sama ada wall pemilik profil boelh dilihat oleh orang lain atau hanya terbatas kepada diri sendiri, kenalan di Interpals atau semua orang.


4) Friends
Jumlah kenalan ada dipaparkan di ruangan tepi profil. Pemilik profil boleh menetapkan sama ada orang lain boleh melihat atau tidak jumlah kenalan. Pemilik profil juga boleh melihat sama ada kenalan2 'available atau tidak'. Lampu hijau akan menyala menandakan kenalan 'available'.

5) Notes
Notes adalah merupakan mini blog dalam Interpals. Pemilik blog boleh menulis di ruangan notes. Tetapan boleh dibuat untuk "comment".
6) Speakers & Viewed
Speakers merujuk kepada kenalan2 yang tahu berbahasa tertentu. Sebagai contoh; saya menetapkan untuk mempelajari bahasa Perancis, Macedonia dan Greek. Interpals akan membantu saya mencari "speakers' yang tahu berbahasa di atas. Awak semua boleh lihat ada 2 bahagian di sini. (sila rujuk gambar di atas)..
a) Random Pals
Boleh pilih mana2 kenalan tanpa terbatas kepada mereka yang berbahasa tertentu
b) French Speakers
terbatas hanya kepada mereka yang tahu berbahasa Perancis.
Viewed menunjukkan berapa jumlah dan siapa yang 'melihat' profil awak semua.

Untuk sertai Interpals, awak semua boleh la "sign up" dulu. Tiada yuran untuk sertai komuniti ini. Saya harap lebih ramai rakyat Malaysia menyertai Interpals sebagai medium untuk mempelajari bahasa dan menambah kenalan.
Apa Manfaat Yang Saya Dapat Daripada Interpals:
1) Kenalan dari pelbagai negara
Sejak saya menyertai Interpals pada bulan Oktober 2007, saya mendapat ramai kenalan dari negara2 U.S, France, Turkey, Algeria, India, Sri Lanka, Holand, Poland, Itali dan sebagainya. Mereka2 ni semua sudah saya anggap seperti kawan baik. Ada antara mereka yang saya pernah jumpa face to face dan selebihnya saya berbual melalui webcam.
2) Tingkat Bahasa Inggeris
Saya akui Interpals banyak membantu saya meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris saya. Saya belajar banyak perkara tentang Bahasa Inggeris melalui kawan2 saya dari U.S. Mereka juga mengajar saya menggunkan bahasa2 pasar mereka.
3) Dapat cenderamata dan hobi baru
Saya dapat hobi baru melalui ruangan ini iaitu sekarang ini saya berjinak2 mengumpul poskad dan magnet peti sejuk. Saya dapat ni semua dari kenala2n luar negara saya. Saya tak perlu beli atau melancong ke negara2 tersebut untuk mendapatkannya. Saya dapat free je :)...
4) Kenali budaya dan adat
Saya mengenali budaya dan adat negara2 lain melalui kenalan2 saya. Perbualan seharian membantu saya mengenali mereka. Apa yang perlu dan tidak perlu kita tuturkan dan sebagainya.
Lebih ramai kenalan, lebih meriah hidup kita ! :)
Yang Menjalankan Tugas Penulis Blog,
Rani Rashid

Monday, January 4, 2010

My First Day Writing A New Blog


This is my first day writing a blog and this blog is my second blog. I quitted from writing blog for a few months.

A Few Reasons Why I Create A New Blog Is:
a) I am so lazy to update my old blog

b) I want to make everything new

c) I know what things I want to talk about on this blog

d) I have many materials for this blog so that I can share with people

A Little Info. About My New Blog:
This blog will talk more about my daily life at office, home, outside, my visit to some interesting places, my valuable and special things, tips on health, beauty and etc., academic articles and other interesting topics and things.

Why I Choose My Name as My Blog Name:
It's because I write this blog.

My Hopes & Dreams for This Blog:
a) I hope people will get some knowledge from this blog

b) People will accept it and feel easyand free to read it


I think that’s all for now. I will talk more about myself in next post about my New Year’s Eve.

Just give me a moment for myself and I will rock u back :)

Hari Pertama Saya Menulis Blog

Ini merupakan hari pertama saya menulis blog (dalam tahun 2010) selepas berbulan-bulan saya berhenti menulis blog. Ini adalah blog saya yang kedua..yang satu lagi saya dah 'tutup'.


Sebab-Sebab Saya Buat Blog Baru :

a) malas nak update blog yang dah lama berkubur.

b) buat blog baru ..azam baru, semangat baru, otak baru, semua baru..hehe :D

c) saya dah tahu tajuk apa, cerita apa yang saya nak buat kat blog saya ini.

d) saya dah kumpul beberapa material (macam nak buat album artis la plak)....untuk blog baru ni seperti gambar, artikel dan beberapa benda lain yang saya rasa sangat 'sesuai' untuk blog saya ini.


Sedikit Maklumat Pasal Blog Saya Ini :

>>> Blog saya yang baru ni lebih kepada cerita2 seharian saya di pejabat, rumah dan kat tempat2 lain, lawatan2 saya ke tempat2 menarik, kesukaaan dan kegilaaan saya pada benda2 yang menarik, tips2 penjagaan diri, artikel2 akademik, dan beberapa benda dan topik yang bersesuaian dengan blog saya ni.


Sebab Utama Saya Letak Nama Saya Sebagai Nama Blog :

saya rasa blog saya perlu letak nama saya sebab saya yang tulis blog ini.


Harapan Saya Untuk Blog Ini :

a) saya harap blog saya dapat diterima oleh orang lain

b) saya harap mereka yang akan baca blog saya nanti akan dapat sedikit sebanyak benda2 berguna...


Saya rasa buat masa ni, tu saja la yang boleh saya bagitau. Saya akan cerita pasal sambutan tahun baru saya plak lepas ni. Bagi saya 'rest' beberapa minit ye...:D



Saya Yang Menjalankan Tugas Penulis Blog,


Rani Rashid